::Bila hati itu diletakkan sepenuhnya untuk diperjuangkan dijalanNya, maka rebahlah nafsu jahat. Yang bangkit hanya lafaz2 cinta terhadap Allah s.w.t mengatasi lafaz2 manis kepada manusia, Biarlah lantang melaungkan perjuangan cinta kepada Allah jangan rebah sebelum berjuang, namun adat berjuang ada waktu jatuh tersungkur, tabahlah! Allah ada bersama setiap yang berjuang keranaNya::

Assalamualaikum...Salam sejahtera kepada semua pembaca . saya mengalu-alukan kehadiran anda semua. Apa yang kamu boleh perolehi di sini? Ilmu pengetahuan? Maklumat? Semuanya ada..... Kita memerlukan saluran ilmu yang banyak untuk meningkatkan diri dalam segala ilmu pengetahuan yang ada di ruang lingkup muka bumi ini. Alam yang diciptakan oleh Allah s.w.t menceritakan seribu satu persoalan yang perlu dikaji, dinilai dan bermacam-macam lagi untuk kita ketahui semuanya sehinggalah apa yang ada dalam diri kita sendiri. Oleh itu, manfaatkan apa yang ada di dalam blog ini dan sumbangan idea anda amat dialu-alukan juga untuk kebaikan semua.

Semakan Keputusan Ambilan Ketiga MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Semakan Dari 16 Mac – 21 Mac 2011 Sahaja!

Semakan Keputusan Ambilan Ketiga MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

Para pelajar UPSR 2010 yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 dan para pelajar lepasan PMR 2010 yang ada memohon memasuki Tingkatan 4 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasapengambilan pertama bulan Januari dan pengambilan kedua Februari lalu boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka mulai hari ini untuk mengetahui keputusan rayuan.

Semakan pengambilan ketiga ini boleh dibuat mulai 16 Mac sehingga 21 Mac 2011 sahaja

Semakan Keputusan Rayuan MRSM Tingkatan 1

Semakan Keputusan Rayuan MRSM Tingkatan 4

Difahamkan ada di antara mereka yang berjaya telah pun dihubungi terus oleh pihak MARA. Tahniah kepada para pelajar yang telah terpilih!

Maklumat

Sebarang pertanyaan atau masalah yang berkaitan dengan permohonan dan rayuan MRSM ini sila hubungi pihak MARA di talian 03-2691 5111.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails