::Bila hati itu diletakkan sepenuhnya untuk diperjuangkan dijalanNya, maka rebahlah nafsu jahat. Yang bangkit hanya lafaz2 cinta terhadap Allah s.w.t mengatasi lafaz2 manis kepada manusia, Biarlah lantang melaungkan perjuangan cinta kepada Allah jangan rebah sebelum berjuang, namun adat berjuang ada waktu jatuh tersungkur, tabahlah! Allah ada bersama setiap yang berjuang keranaNya::

Assalamualaikum...Salam sejahtera kepada semua pembaca . saya mengalu-alukan kehadiran anda semua. Apa yang kamu boleh perolehi di sini? Ilmu pengetahuan? Maklumat? Semuanya ada..... Kita memerlukan saluran ilmu yang banyak untuk meningkatkan diri dalam segala ilmu pengetahuan yang ada di ruang lingkup muka bumi ini. Alam yang diciptakan oleh Allah s.w.t menceritakan seribu satu persoalan yang perlu dikaji, dinilai dan bermacam-macam lagi untuk kita ketahui semuanya sehinggalah apa yang ada dalam diri kita sendiri. Oleh itu, manfaatkan apa yang ada di dalam blog ini dan sumbangan idea anda amat dialu-alukan juga untuk kebaikan semua.

Berita Terkini Tsunami : 10000 Mati , 8000 Hilang,434 000 Hilang Tempat Tinggal

Posted by seorang insan On Thursday, March 17, 2011 0 comments

Berita Terkini Tsunami : 10000 Mati , 8000 Hilang,434 000 Hilang Tempat Tinggal

Berita Terkini Tsunami : 10000 Mati , 8000 Hilang,434 000 Hilang Tempat Tinggal

Gempa bumi,tsunami dan krisis radiasi di Jepun mencatatkan berpuluh-puluh ribu kematian dan mangsa yang hilang atau tidak dapat dikesan turut mencecah beribu-ribu orang.

Berita terkini yang disampaikan oleh kerajaan jepun pada hari rabu yang lepas,seramai 10000 penduduk meninggal dunia,8 ribu mangsa masih lagi hilang atau tidak dapat dikesan manakalah 434 ribu penduduk kehilangan tempat tinggal.

Masalah bertambah serius dengan kehadiran krisis baru iaitu kehabisan bekalan makanan dan minuman serta bekalan minyak yang tidak mencukupi.Jepun sekarang ini memohon bantuan antarabangsa untuk menghulurkan bantuan secepat mungkin bagi mengatasi masalah kehabisan bekalan makanan dan minuman di Jepun.

Semua mangsa-mangsa ditempatkan di sekolah-sekolah berdekatan dan pusat rawatan sementara yang dibuka untuk selepas kejadian gempa bumi dan tsunami.Walaubagaimana pun,semua pusat rawatan dan pusat penempatan sementara difahamkan penuh dan sesat dengan mangsa-mangsa tsunami.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails