Untuk mendownload panduan dan modul Perfect Score SBP, sila scroll laman ini hingga ke bahagian bawah. 1.0 FORMAT INSTRUMEN 2.0 PANDUAN MENJAWAB 2.1 Kertas 1 (Objektif) 2.2 Kertas 2 (Struktur) 2.3 Kertas 2 (Esei) 2.4 Kertas 3 4.0 KESILAPAN BIASA CALON 4.1 Soalan Struktur 4.2 Soalan Esei 4.3 Lain-lain (terdapat dalam struktur dan esei) 4.4 Penggunaan Istilah/Perkataan Yang Tidak Tepat 5.0 SIFAT JAWAPAN YANG BAIK 5.1 Tepat 6.0 PERINGATAN DAN PESANAN 6.1 Konsep mol - Perlu dikuasai dengan baik. Perlukan pelbagai latihan dalam semua tajuk yang berkaitan dengan konsep mol. Antara tajuk yang melibatkan konsep mol: 6.2 Menjawab soalan 6.3 Penguasaan 6.3.1 Bahasa/ istilah 6.3.2 Formula bahan kimia 6.3.3 Huraian eksperimen 6.4 Amalkan pembelajaran menyeluruh dan seimbang - iaitu dengan memberi tumpuan yang sama kepada semua bahagian dalam sukatan pelajaran kimia. 6.5 Lebihkan latihan bagi topik sebatian karbon dan hubungkaitkan alkana , alkena , alkohol , asid karboksilik dan ester. 6.6 Jangan terus melupakan tajuk-tajuk / bahagian yang banyak menghafal dan mengingat. 6.7 Bagi kertas 3 6.7.1 Fokuskan kepada cara membaca jam randik , buret dan termometer dengan tepat iaitu menguasai kemahiran mengukur dan menggunakan alat mengukur. SUMBER: Perfect Score Kimia SBP versi Bahasa Melayu. Untuk versi Bahasa Inggeris sila KLIK untuk download: MODULE PERFECT SCORE SBP 2009(.pdf); MODULE PERFECT SCORE SBP 2009 ANSWER SCHEME(.pdf); MODULE PERFECT SCORE SBP 2008 + ANSWER(.rar)
INSTRUMEN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KIMIA 4541
Pilih Jawapan
Aneka pilihan
Aneka Gabungan.
Setiap item mempunyai 4 pilihan jawapan A,B,Cdan D
Bhg A: Item Berstruktur
Bhg B: Item respons Terhad
Bhg C: Item respons terbuka.
Item Berstruktur
Item Respons Terbuka.
6 item (jawab semua)
Bahagian B :
2 item (Pilih satu)
Bahagian C :
2 item (Pilih satu)
2 item (Jawab semua)
Item Respons Terbuka
1 item (wajib)
Kefahaman-15
Aplikasi-10
Kefahaman 21
Aplikasi 29
Analisis 21
Sintesis 15
16 aspek dengan 3 skor maksimum
(25 item mudah15 item pertengahan; 10 item sukar)
(50 skor mudah : 30 skor pertengahan : 20 skor sukar)
2.1.1 Mulakan soalan mudah.Tinggal soalan yang tidak dapat dijawab untuk sementara. Baca semula dan cuba jawab soalan yang ditinggalkan.
2.1.2 Cadangan penggunaan masa .1 ½ minit untuk setiap soalan. 50 soalan –75 minit termasuk semakan.
2.1.3 Terus tandakan jawapan dalam kertas OMR.
2.2.1 Soalan bermula dengan maklumat tertentu. Fahamkan dan gunakan semasa menjawab
2.2.2 Jawapan ringkas dan tepat.Bagi soalan penghitungan,tunjukkan langkah penghitungan.
2.2.3 Cadangan penggunaan masa - 1 ½ jam (90 minit ) untuk 6 soalan termasuk masa semakan.
2.3.1 Baca semua soalan dengan teliti
2.3.2 Pilih 1 soalan daripada bahagian B dan 1 soalan daripada bahagian C yang dirasakan memberi isi yang tepat dan terbanyak
2.3.3 Rancangkan jawapan secara sistematik mengikut maklumat yang dikehendaki soalan.
2.3.4 Setiap soalan / bahagian soalan terdapat jumlah peruntukan markah. Ini boleh digunakan sebagai panduan panjang jawapan. [1 markah – 1 poin]
2.3.5 Berikan fakta-fakta utama. Dimana yang sesuai,huraikan jawapan dengan bantuan gambar rajah berlabel,graf,jadual atau persamaan kimia.
2.3.6 Cadangan penggunaan masa – 1 jam (60 minit) iaitu 30 minit setiap soalan termasuk masa semakan.
2.4.1 Soalan melibatkan eksperimen yang dijalankan di makmal.Oleh itu pelajar mesti menghadiri pelajaran amali dan berlatih menulis laporan amali yang sempurna.Dengan ini membantu untuk menjawab dengan baik.
2.4.2 Kemahiran proses sains seperti memerhati,mengelas,mengukur dan menggunakan nombor,membuat inferens, meramal,berkomunikasi,
menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir data, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah dan membuat
hipotesis harus dikuasai.
2.4.3 Biasakan dengan kemahiran membaca alat-radas seperti buret, jam randik dan sebagainya.
2.4.4 Buat latihan melukis graf.
2.4.5 Penggunaan masa- 1 jam 30 minit bagi ketiga-tiga soalan.
2.4.6 Untuk soalan 3 pelajar hendaklah menulis tajuk sub topik mengikut urutan seperti dalam soalan.
Contoh:
(i) Pernyataan masalah ATAU Tujuan eksperimen
(ii) Hipotesis ATAU Pemboleh ubah
(iii) Bahan dan radas
(iv) Prosedur
(v) Penjadualan data
Biasanya soalan bermula dengan kata tugas iaitu apa yang pelajar harus jawab. Pelajar harus tahu kata tugas untuk memastikan jawapan yang ditulis mengikut kehendak soalan.
Contoh: Namakan unsur utama yang dicampur dengan kuprum untuk membentuk gangsa.
Jawapan: Stanum
Bukan: Sn
Contoh: Nyatakan satu sifat asid.
Jawapan: Menukarkan litmus biru kepada merah.
Contoh: Nyatakan pemerhatian apabila pita magnesium dimasukkan ke dalam asid hidroklorik.
Jawapan: Pembuakan/gelembung gas.
Bukan: Gas hidrogen terbebas.
> Menulis perubahan warna asal dan warna akhir.
Contoh: Nyatakan pemerhatian pada warna larutan kuprum(II) sulfat.
Jawapan: Warna biru larutan menjadi tidak berwarna/semakin pudar
Bukan: Larutan menjadi tidak berwarna.
Contoh: Terangkan mengapa gangsa lebih keras daripada kuprum tulen
Jawapan : Dalam kuprum tulen, atom mudah menggelongsor.Dalam gangsa, atom stanum mengganggu susunan atom kuprum.Dengan itu menghalang gelongsoran atom kuprum.
Contoh: Apakah yang dimaksudkan dengan hidrokarbon.
Jawapan: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja.
Bukan: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen.
Contoh: Berikan satu ujian untuk mengenali ion Fe3+.
Jawapan : Campurkan larutan natrium hidroksida. Mendakan perang terbentuk.
Contoh: Huraikan bagaimana gas (hidrogen) disahkan hadir.
Jawapan: Masukkan kayu uji bernyala ke dalam tabung uji berisi gas. Bunyi’pop’ terhasil.
Bukan: Uji gas dengan kayu uji bernyala.
Contoh: Huraikan bagaimana anda menyediakan larutan kuprum(II) sulfat bermula daripada pepejal kuprum(II)oksida.
Jawapan : Campurkan kuprum(II)oksida kepada asid sulfurik cair sehingga berlebihan.Turaskan untuk mendapatkan hasil turasan.
Contoh: Bincangkan dari segi teori ion mengapa pepejal plumbum(II) bromida tidak boleh mengalirkan elektrik tetapi plumbum(II)bromida lebur boleh.
Jawapan: Plumbum(II) bromida adalah sebatian ion.Dalam pepejal,ion-ion terikat kuat oleh daya elektrostatik.Oleh itu ion-ion tidak bergerak bebas.Apabila dileburkan ion-ion bergerak bebas.
Contoh: Ramalkan kenaikan suhu yang dijangka jika eksperimen I dijalankan menggunakan radas yang lebih besar.
Jawapan:Kenaikan suhu lebih rendah.
Bezakan
> Menyenaraikan semua perbezaan antara dua perkara.
Contoh: Nyatakan tiga sifat yang boleh membezakan antara sebatian ion dengan sebatian kovalen.
Jawapan:[Menyenaraikan 3 sifat sebatian ion dan 3 sifat sebatian kovalen]
(i) Radas berfungsi (contoh: tidak bocor / gabus tidak masuk ke dalam)
(ii) Label
(iii) Jika ada larutan, larutan perlu dilorek.
(iv) Jika ada pemanasan-anak panah dan perkataan panaskan dibawah anak panah.
> (ii) Sebatian kovalen- 8 elektron disetiap petala luar dan perkongsian elektron betul. Semua petala ditunjukkan. Bilangan atom yang berpadu juga betul.
> Skala yang sesuai,
> Pemindahan titik betul,
> Bentuk dan graf licin.
> Jika hitung kadar pada masa tertentu-lukis segitiga tepat pada tangen lengkungan graf.
> 2 garis ufuk dan tenaga dilabel.
> Bahan tindak balas dan hasil tindak balas di garis yang betul.
4.1.1 Tidak memahami tugasan soalan / kehendak soalan
4.1.2 Menyalin semula soalan
4.1.3 Jawapan terlalu panjang / memanjangkan jawapan
4.1.4 Memberi lebih daripada satu jawapan
4.1.5 Memberi unit yang salah
4.1.6 Masalah ejaan pada istilah
4.2.1 Tidak faham tugasan soalan
4.2.2 Jawapan terlalu umum –tiada isi
4.2.3 Isi yang diberi tidak sama dengan markah yang diperuntukkan.
4.2.4 Tidak sertakan gambar rajah sebagai pelengkap
4.2.5 Tulisan sukar dibaca
4.2.6 Bahasa – penyampaian tidak memuaskan
4.2.7 Fakta tidak tersusun
4.3.1 Persamaan tidak seimbang
4.3.2 Tidak dapat membezakan antara persamaan ion, persamaan bagi setengah tindak balas atau persamaan keseluruhan.
4.3.3 Tidak dapat menyatakan warna bahan dengan tepat
4.3.4 Tidak menyebut warna asal bagi sesuatu perubahan.
4.3.5 Kesilapan gambar rajah
4.3.6 Kesilapan dalam penghitungan dimana tidak menunjukkan jalan kerja.
4.3.7 Tidak menghuraikan kaedah bagaimana ujian ke atas sesuatu bahan dijalankan.
4.3.8 Tertinggal perlakuan-perlakuan penting dalam huraian eksperimen seperti gaulkan, campurkan, gaulkan campuran dengan rata, panaskan dengan kuat.
4.3.9 Bagi huraian eksperimen yang berkaitan dengan kuantiti,terdapat calon yang tidak memberikan kuantiti yang sesuai malah ada yang tidak menyebut langsung
4.3.10 Keliru dengan pemerhatian.Contoh:Gas hidrogen dibebaskan.Sepatutnya pembuakan/gelembung gas.
4.3.11 Melukis graf : paksi-paksi tidak dilabel dan tiada unit.
4.3.12 Menganggap Siri kereaktifan sama Siri elektrokimia.
4.3.13 Tidak menyebut keadaan bahan yang digunakan atau hasil yang terbentuk
4.3.14 Soalan yang memerlukan perbezaan antara dua bahan, ada calon yang menumpukan kepada satu bahan sahaja. Misalnya soalan tentang perbezaan sebatian ionik dan sebatian kovalen. Calon hanya memberikan sifat sebatian ionik sahaja.
5.2 Ringkas
5.3 Lengkap
5.4 Jelas
5.5 Bersih
5.6 Teratur
Perkara yang perlu dihafal ialah:
6.6.1 Jadual Berkala bagi unsur kumpulan 1,17 dan 18 serta kala 3.
6.6.2 Jadual cas ion
6.6.3 Siri elektrokimia /siri kereaktifan
6.6.4 Formula am siri homolog dan nama bagi 10 ahli pertama dalam setiap siri homolog.
6.6.5 Keterlarutan garam
6.6.6 Ujian kualitatif anion dan kation
6.6.7 Carta aliran penukaran etanol.
6.7.2 Menulis laporan eksperimen mengikut format yang bersistematik
6.7.3 Mengingat semua kemahiran proses sains.
6.7.4 Fokus kemahiran melukis graf dan membina jadual
Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa,
sebuah
keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini
merupakan
keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke
minyak
sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam-macam lagi. Namun,
tidak
mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang
busuk.
Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka
dibunuh
secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri.
Bagi
abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin.
Bagi
adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka
membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak
abang-abang
mereka yang mula lupa diri.
Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka
telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di
depan
khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh
sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang
lain.
Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi
si
abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka
dicabul
kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.
Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula
telah
lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan
si
adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah
bawak
berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya.
Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh
sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan
di
tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang
mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.
Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik
perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata si
abang
sulung selaku pengerusi majlis.
Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh
dengan
pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan
keselamatan,
ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin
kelemasan
itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,"Inilah orang muda,
suka
sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan
yang
lebih berdiplomasi."
Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.
"Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh
adik
kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu."
Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap
adik
perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-beradik yang
lain.
Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba
mendapatkan
bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.
"Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si adik yang tidak
puas
hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang
mereka.
Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik
berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang
dikenakan
akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya
dan
pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan
akan
hilang kehormatannya.
Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya
tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik
perempuan kami."
"Selamatkan adik kami yang kelemasan."
Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut.
Dengan
harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka
semakin
terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di
tubuh.
Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari
dekat
selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.
Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini
seolah-olah
sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa.
Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan"
setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.
Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan
mereka
mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik
perempuan
terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan...
adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk
menghasilkan
banner dengan wording yang lebih menarik....
Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.
catatan :
+ adik perempuan itu bernama Palestin.
+ adik lelaki itu bernama Iraq
+ abang-abang itu negara Arab yang kaya raya
+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC
+ bapa yang mati adalah khalifah
dipetik dari blog
http://diriyanghina.blogsp
What is Facilitated Diffusion?
Facilitated diffusion is the passive transport of substances across the plasma membrane with the help of transport proteins such as the channel protein and the carrier protein.
Substances Pass through the Plasma Membrane through Facilitated Diffusion
Particles undergo facilitated diffusion are the particles that cannot diffuse through the phospholipid bilayer such as
- Large particles such as glucose, amino acids, proteins and nucleic acids
- Some ions such as the sodium ions and chloride ions
2 Types of Transport Protein
Facilitated diffusion occurs through 2 types of transport protein, namely
- Channel Protein
- Carrier Protein
Mechanism of Facilitated Diffusion
Click on the links below to see how facilitated diffusion happen through the plama membrane of the cell.
Concentration Gradient
Facilitated diffusion happens down a concentration gradient.
Similarities between Simple Diffusion and Facilitated Diffusion
- Down the concentration gradient (From high concentration to low concentration)
- No energy is required
Differences between Simple Diffusion and Facilitated Diffusion
