::Bila hati itu diletakkan sepenuhnya untuk diperjuangkan dijalanNya, maka rebahlah nafsu jahat. Yang bangkit hanya lafaz2 cinta terhadap Allah s.w.t mengatasi lafaz2 manis kepada manusia, Biarlah lantang melaungkan perjuangan cinta kepada Allah jangan rebah sebelum berjuang, namun adat berjuang ada waktu jatuh tersungkur, tabahlah! Allah ada bersama setiap yang berjuang keranaNya::

Assalamualaikum...Salam sejahtera kepada semua pembaca . saya mengalu-alukan kehadiran anda semua. Apa yang kamu boleh perolehi di sini? Ilmu pengetahuan? Maklumat? Semuanya ada..... Kita memerlukan saluran ilmu yang banyak untuk meningkatkan diri dalam segala ilmu pengetahuan yang ada di ruang lingkup muka bumi ini. Alam yang diciptakan oleh Allah s.w.t menceritakan seribu satu persoalan yang perlu dikaji, dinilai dan bermacam-macam lagi untuk kita ketahui semuanya sehinggalah apa yang ada dalam diri kita sendiri. Oleh itu, manfaatkan apa yang ada di dalam blog ini dan sumbangan idea anda amat dialu-alukan juga untuk kebaikan semua.

mutira kata

Posted by seorang insan On Friday, March 11, 2011 0 comments

Tentang Waktu

ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketengan,
ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,
ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah,
ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati
ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa beerti,
ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukanan bagi kita.

seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.

Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita ingini. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya, kita tahu bahwa yang kita inginkan kekadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

jadikan dirimu sebagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh, jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api. jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempat buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat yang kamu ingin pergi. jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

masa depan yang cerak berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kami sampai kamu melupakan kegagalan kamu dah rasa sakit hati.


Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian kepada orang yang ketakutan

janganlah berputus asa. tetapi kalau anda sampat berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus

dunia ini umpana lautan yang luas. kita adalah kapal yang belayar di lautan. telah ramai kapal karam didalamnya... andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada di sisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan merasa gembir jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerika kebaikan daripada orang lain

hiduplah seperti lilin, menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.



MuTiaRa KaTa IsLaM

Posted by seorang insan On Thursday, March 10, 2011 0 comments

MuTiaRa KaTa IsLaM



"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)



Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)


"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad)


"Sekiranya aku ini manusia yang boleh memerintahkan mana-mana manusia untuk sujud kepada manusia lain,maka aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)


"Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya,dan sebaik-baik kamu ialah yang baik kepada isterinya" (Hadis Riwayat At-Tizmizi)


Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (Hadis Sahih Riwayat Muslim)


"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim)


"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" (Hadis Riwayat Ibnu Asahin)


"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasehat menasehati di atas kebenaran dan kesabaran" (surah Al-Asr Ayat : 1-3)


"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya" (Hadis Riwayat Al-Khatib)


"Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu masa muda sebelum tua,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati" (Hadis Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

"Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala keniknatan hidup,iaitu MATI" (Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi,Nasaai,Ibnu Majah & Ibnu Nu'aim)

Mengapa Orang Kurus Pun Tetap Buncit?

Posted by seorang insan On Saturday, March 5, 2011 0 comments

Sebelum saya berjinak-jinak dengan gym, saya sering kali tertekan dengan perut saya yang buncit walaupun saya kurus. Terdapat segilintir orang juga mengalami masalah yang sama. Mereka boleh menyembunyikan perut mereka ketika memakai pakaian, tetapi bila baju dibuka....jeng..jeng..jeng..

Berita baiknya masalah ini boleh diperbaiki tanpa perlu anda menjalani lipo suction. Pertama sekali anda perlu memahami bagaimana anda boleh membina perut yang buncit walaupun badan anda kurus.

1) Dalam tempoh beberapa tahun ini anda telah mengambil lebih banyak kalori daripada yang badan anda mampu bakar. Jadi kalori berlebihan ini akan disimpan di dalam perut anda sebagai lemak.

2) Selama ini anda telah mengambil makanan-makanan yang tidak sihat. Contohnya nasi lemak, roti canai, kentang goreng, pisang goreng, cucur udang, nasi goreng, burger goreng, ayam goreng, fast food, maggi, kepak ayam, pizza, teh tarik dan sebagainya. Makanan-makanan ini mengurangkan sensitiviti insulin anda dan akan terus disimpan di dalam perut anda yang buncit.

3) Anda tidak bersenam secara konsisten sepanjang minggu ataupun mungkin sepanjang tahun. Sekiranya anda mengamalkan 'kejap ada, kejap takda' secara berterusan, anda tidak akan mampu membina otot dan akhirnya memudahkan pengumpulan lemak di dalam badan anda.

4) Biasanya kebayakkan orang mudah terpengaruh dengan produk weight gainer dari kedai-kedai supplement atau iklan-iklan di TV. Jika anda mengambil weight gainer tetapi sekadar melakukan senaman dumbel dirumah sekali-sekala maka kalori berlebihan dari weight gainer itu akan turut tersimpan didalam perut anda.

Jadi saya harap kini anda sudah faham bagaimana masalah ini boleh berlaku. Ingat... walaupun anda kurus tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati atau tidak bersenam terutamanya jika umur sudah meningkat.

Sama-samalah kita mengamalkan cara hidup yang sihat.

Aku Nak Jadi Orang

Posted by seorang insan On Friday, August 13, 2010 0 comments


Aku Nak Jadi Orang



Petang itu cahayanya cerah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa meniupkan pelepah-pelepah kelapa menggambarkan suasana desa kampung yang harmoni. Beberapa ekor bangau melepak bersama kerbau-kerbau di kawasan sawah padi seolah-olah memberitahu terdapatnya jalinan utuh antara mereka bersama. Pokok-pokok rambutan yang lebat buahnya menzahirkan keindahan ciptaan Ilahi.

Tanpa disedari, sebenarnya mereka semua sedang bertasbih dan memuji Allah, tanda taat kepada-Nya.

Khairul dan ayahnya sedang berehat di atas kerusi ringkas di bawah sepohon jambu yang tidak berbuah. Seperti biasa, mereka berbual-bual tentang isu semasa. Tetapi petang itu, dia ingin mengutarakan soalan yang lama terpendam dalam hati kepada ayahnya.

"Abah, Khairul nak tanya sikit boleh?", kata Khairul.

"Tanyalah", jawab ayahnya.

"Sebenarnya, Khairul tak ada cita-cita. Khairul tak tahu nak jadi bila besar nanti. Abah nak Khairul jadi apa?", kata Khairul sambil memandang wajah ayahnya menantikan sebuah jawapan.

Lantas perlahan-lahan ayahnya meletakkan tangan ke atas bahu Khairul dan berpaut padanya seperti sepasang sahabat yang sangat rapat sambil mengalirkan arus kasih sayang kepada anak sulungnya itu.

"Khairul, abah nak Khairul jadi orang. Itu saja", jawabnya ringkas.

Lantas dengan laju jari-jemari Khairul menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal sambil mempamerkan wajah pelik kepada ayahnya tanda tidak faham dengan kata-kata ayahnya.
Melihat Khairul begitu, ayahnya tersenyum sambil berkata, "tak mengapalah Khairul, suatu hari nanti Khairul akan faham".

Khairul tidak berpuas hati dengan jawapan ayahnya itu. Malam itu, dia mengutarakan soalan yang sama kepada ibunya mengharapkan jawapan yang memuaskan hatinya. Tapi, jawapan yang sama diberi ibunya.

"Mak nak Khairul jadi orang", kata ibunya.

"Memang Khairul orang pun mak", kata Khairul tanpa menyedari jarinya sudah melekat sekali lagi menggaru kulit kepala yang tidak gatal. Ibunya tersenyum melihat gelagat anak kesayangannya itu.

"Nanti khairul dah besar nanti, Khairul fahamlah tu", kata ibunya.

Beberapa hari selepas itu, berlakulah satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan Khairul sampai sekarang. Sudah menjadi kebiasaan Khairul dan kawan-kawannya bermain 'kad tepuk'. 'Kad tepuk' ini merupakan sebuah permainan kanak-kanak yang berbentuk perjudian. Dengan berbekalkan duit syiling 10 sen, sepapan kad yang mempunyai pelbagai gambar di depan dan nombor kad terup di belakang dibeli.

Apabila hendak bermain, setiap pemain dikehendaki bertaruh sebanyak beberapa keping kad. Apabila 'line clear', atau tiada guru, maka berlaku pertandingan tepuk-menepuk antara mereka. Setiap kad yang bejaya diterbalikkan angin hasil tepukan, menjadi milik kekal penepuk itu. Nah, inilah bentuk-bentuk perjudian halus yang dilakukan Khairul. Tapi ketika itu, Khairul tidak tahu definasi sebenar judi kerana dia masih kanak-kanak. Malam itu, seperti biasa, ibunya ingin menyemak hasil pembelajarannya di sekolah. Tapi, kad hasil kemenangan tadi yang dijumpai.

"Aduh, habislah aku. Lupa pulak nak simpan tadi," Khairul bermonolog sendirian.

"Khairul! Apa benda ni?," tanya ibunya dengan nada marah sambil menunjukkan kad itu kepada Khairul. Khairul hanya mampu menunduk.

Lantas ibunya bangun mengambil sebatang rotan yang sederhana saiznya tapi besar impaknya dalam hidup Khairul. Jantung Khairul berdegup kencang bagaikan enjin motor ayahnya kerana takutkan rotan itu.

"Tahu tak apa ni?," tanya ibunya.

"Kad judi," jawabnya.

"Selama ni mak hantar pergi sekolah suruh belajar bukan suruh main benda ni. Tadah tangan cepat!", perintah ibunya.

Maka tangan Khairul pun dicium rotan itu tanda sayang seorang ibu yang ingin membentuk anaknya menjadi anak yang soleh.

"Ingat, mak nak Khairul jadi orang, bukan binatang", kata ibunya.

Tapi Khairul yang masih kecil ketika itu masih tidak memahami maksud ibunya. "Khairul memang orang. Bukan binatang", dia bermonolog sendirian tanda protes tapi dalam diam sahaja.

Sejak kecil lagi Khairul sudah diterapkan dengan nilai-nilai Islami. Khairul dipaksa pergi ke surau sebelum masuk waktu, membaca Al-quran setiap hari, dan macam-macam lagi. Tujuannya hanya satu, untuk melatih Khairul menjadi 'orang'. Pada mulanya Khairul tidak suka diperlakukan sedemikian rupa tapi pabila dia sudah biasa, Khairul merasa halawatul iman dan jatuh cinta kepada Islam dan Penciptanya.


Alhamdulillah, Khairul telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan ditawarkan ke SMKA Kerian. Maka, dia terus dilatih menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

"Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini."

Itulah perinsip yang dipegang Khairul. Semakin hari, dia semakin memahami maksud kedua orang tuanya iaitu menjadi 'orang', bukan 'binatang'. Setiap hari, Khairul terus berusaha untuk majukan dirinya dengan mengimbangkan ketiga-tiga perkara ini, iaitu jasmani, akal dan roh. Dia bermain setiap petang, berusaha dalam pembelajarannya dan beribadah dengan istiqamah. Dia ingin bertawazzun (mengimbangkan) ketiga-tiga perkara ini supaya dirinya menjadi seorang muslim yang berjaya.

Tahun demi tahun berlalu, Khairul telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Pada suatu ketika di satu per tiga malam,dia berkhalwat seorang diri sambil bermuhasabah diri. Dia mengimbau kenangan dan dosa yang terdahulu lalu teringat pesan kedua orang tuanya yang mahukan dia menjadi 'orang'.

"Abah, mak, Khairul dah berjaya jadi 'orang'. Terima kasih banyak-banyak abah, mak, sebab didik Khairul. Khairul akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dunia akhirat. InsyaAllah." Khairul bermonolog sendirian sambil menitiskan air mata lantas berdoa.

''Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku dan kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sewaktu aku masih kecil''.




Glosari :-

- monolog : dialog dengan diri sendiri
- halawatul : kemanisan
- istiqamah : berterusan

- khalwat : duduk bersendirian

KAFAN UNTUK NENEK

Posted by seorang insan On Wednesday, August 4, 2010 0 comments

KAFAN UNTUK NENEK

Awan mendung yang berarak lalu bagai tidak lagi mampu menanggung beban, lalu memuntahkan segala isi yang tersimpan sekian lama. Hujan lebat membasahi bumi. Namun lebat lagi hujan di dalam hatiku, deras lagi airmata yang mengalir di kedua belah pipiku. Allahu Allah.. Hebatnya dugaan-Mu kali ini. Betapa lemahnya aku, betapa sesungguhnya terbukti bahawa aku tidak sekuat mana.

Berkali-kali aku cuba memujuk diri, beristighfar. Berulang-kali menyebut nama Allah, kalimah suci Tiada Tuhan melainkan Allah, dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. Allah Maha Besar, Maha Suci Allah, namun tetap jua tidak mampu meredhakan kesedihan yang terbuku di dada. Allahu Allah.. Ampunkan dosaku Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibu bapaku, ampunkanlah dosa nenekku.

Nenek... Airmata kian meluncur laju tatkala bayangan wajah nenek menjelma. Ya Allah, nenek sudah tiada, Ya Allah, nenek sudah pergi tinggalkan kami, Ya Allah, aku tidak mungkin dapat melihat nenek lagi, tidak mungkin dapat memeluk nenek lagi, tidak mungkin dapat mendengar celoteh nenek lagi, aku sayang nenek, aku pasti rindukan nenek..





"Naufal, tolong nenek sekejap," Suara nenek memanggil kedengaran sayup dari ruang tamu rumah.

Tanpa berlengah lagi, aku segera meletakkan pen yang aku pegang. "Biarlah, malam nanti boleh sambung isi borang UPU ni, nenek belum tentu boleh menanti aku sampai malam." Bisik hatiku. Segera aku percepatkan langkah. Aku menyusun langkah menuju ke arah nenek.

"Ada apa Nek?" Aku bertanya sambil melabuhkan punggungku di sebelah nenek. Kedut wajah nenek tampak jelas kelihatan, namun nenek tetap jua mengukir senyuman yang paling manis buatku. Dia memang begitu, suka senyum.

"Naufal dah habis isi borang ke?" Nenek bertanya. Aku sekadar menggelengkan kepala, tersenyum kepada nenek. "Belum Nek, tapi takpe, malam nanti boleh sambung isi, IPT boleh di cari ganti, tapi Nenek Naufal ni sorang je kat dunia ni.." Ujarku sambil melentokkan kepala ke bahu nenek. Nenek cuma tergelak kecil, aku senang melihat nenek gembira.

Nenek sudah dimamah usia, umurnya kini hampir mencecah 70 tahun. Arwah atuk sudah lama pergi meninggalkan kami, kembali ke rahmatullah hampir 20 tahun yang lepas, namun nenek tetap setia sendiri. Tidak pernah terniat mencari pengganti atuk. Walaupun pernah ada yang mencuba nasib merisik khabar, dengan tenang nenek menolak.

"Biarlah aku sendirian sampai mati, aku sayangkan ayah kamu, semoga di syurga nanti kami akan bersatu lagi.." Itulah kata-kata nenek yang disampaikan oleh ayahku kepadaku. Sejak itu, ayah selaku anak sulung dan adik beradiknya yang lain tidak lagi berniat untuk menjodohkan nenek. Mereka kagum dan hormati pendirian nenek. Nenek seorang yang setia pada cintanya.

Sejak Mak Su mendirikan rumah tangga, mengikut suaminya ke utara tanah air, nenek tinggal sendirian. Sejak itu juga, aku pulang ke kampung, menetap di kampung menemani nenek. Selaku cucu sulung, aku rasa bertanggungjawab untuk bersama nenek setiap masa. Tak sanggup aku biarkan nenek keseorangan, kesepian. Tak tergamak aku biarkan nenek menghabiskan sisa-sisa usianya menghitung detik waktu seorang diri. Ibu dan ayah serta pakcik dan makcik terpaksa bertugas di bandar, jauh dari kampung, aku mengerti kekangan tugas mereka, nenek juga begitu. Jadi biarlah aku bersekolah di kampung, menemani nenek di rumah pusaka arwah atuk. Nyaman. Damai.

"Naufal! Termenungkan apa?" Lamunanku tersentak bila nenek memanggil namaku. Aku tergelak kecil. Tersipu malu. Jauh benar melayan emosi, sehinggakan nenek juga perasan.

"Takdelah Nek, Naufal teringat kuih bingka yang nenek selalu buat, sedap...." Aku cuba berselindung sambil buat-buat muka kasihan. Nenek mula bersimpati.

"La, betul ke? kalau macam tu nenek boleh buat sekarang," Cepat pula nenek menyahut. Aduh, perasaan bersalah mula menyelinap ke lubuk jiwaku.

".Hehehe..Mana ada Nek, Fa gurau je la nek, saja nak tengok Nenek sayang Fa ke tidak, hehe.." Ujarku. Pantas nenek mencubit bahuku, aku mengekek kegelian. Mengelak tidak, seronok menyakat nenek petang-petang begitu.

"Naufal, tolong nenek ambilkan beg atas almari boleh?" Pinta nenek setelah tawa kami terlerai. Aku memusatkan pandangan mataku ke wajah sayu nenek.

"Beg mana Nek?" Aku bertanya sambil menggaru-garu kepala.

"Beg hijau atas almari nenek, ada dalam bilik, bawa ke sini kejap," Terang nenek lagi. Aku menangguk-angguk kepala lalu mengatur langkah menuju masuk ke bilik nenek. Mendongak kepala melilau pandangan ke atas almari nenek, tanpa berlengah-lengah, beg hijau itu aku capai lalu membawanya kepada nenek.

Nenek menarik zip pada beg dengan penuh teliti. Tangan nenek menggigil, betul nenek sudah dimakan usia. Sayu pula aku melihat nenek. Makin lama aku menatapnya, makin hati ini bagai di hiris-hiris. Aku sayangkan nenek.

Bertambah sayu dan pilu bila tangan lemah nenek menarik keluar sehelai kain putih yang kekuning-kuningan. Seperti kain kapan, tapi tak mungkin. Aku cuba menidakkan namun dadaku mula terasa sebak. Aku tetap cuba bertahan.

"Kain apa ni Nek?" Aku bertanya, minta kepastian. Perhatianku tepat kepada kain putih itu.

"Ini kain kapan nenek, dah lama nenek simpan.. tunggu saat ajal tiba..bila nenek dah tiada nanti, Fa tolong bagitau ayah Fa, guna kain kapan ni ya.. " Lemah suara nenek menjawab. Tidak semena-mena butir-butir jernih mengalir dari kedua kelopak mataku. Tidak mampu tertahan lagi, air mata mengalir deras. Tak sanggup mendengar suara nenek menyebut ajal.

"Nenek, kenapa cakap macam tu, jangan tinggalkan Naufal.." Bagaikan anak kecil aku tersedu-sedu menahan tangisan.

"Isk Fa, istighfar.. Mana boleh cakap macam tu, ajal itu pasti, sudah di tentukan Allah, di dunia ini kita cuma sementara, di dunia ini kita cuma menumpang, sampai masa, kita semua, nenek dan Fa juga akan dijemput pulang.. Nenek sudah lama hidup di muka bumi ini, bila-bila masa saja nyawa nenek akan diambil, itu suratan takdir, kita kena redha.." Merdu suara nenek menyentuh gegendang telingaku.

Aku merebahkan kepala ke riba nenek. Seperti selalu, nenek membelai-belai rambutku. Andai nenek tiada, saat ini pastinya paling aku rindui. Ya Allah, mampukah aku menghadapi kenyataan itu ya Allah, mampukah aku melepaskan nenek pergi? Berulang kali suara hatiku berbisik sayu.

"Naufal, ketika Allah ciptakan kita, Allah dah tulis dah, semuanya termasuk ajal kita. Hidup kita umpama berlari 100 meter, makin kita berlari, makin kita dekat dengan garis penamat. Hari ke hari kita hidup, kita makin dekat dengan ajal kita. Fa tahu kan, perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa silam kita dan perkara yang paling dekat, makin dekat dengan kita adalah mati.." Nenek menyambung bicara, di riba nenek aku cuma mendengar. Katalah apa saja nenek, aku akan simpan semua kata-kata nenek kemas dalam kotak ingatanku.

"Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati. Takut membuat kemungkaran kerana takut bila mati kelak di azab, sungguh-sungguh buat kebaikan, kumpul pahala buat bekalan di akhirat sana sebab tahu, hidup di dunia cuma sekali. Bila dah mati, dah tak boleh undur lagi dah.. Menyesal bagaimana sekalipun, kita tak mungkin boleh undur masa.."

"Nenek berdoa, moga mati nanti tempat untuk nenek berehat.. Nenek bermohon agar segala dosa nenek terampun, sebelum masa itu tiba.. Nenek pun tak tahu bila masanya nenek akan dijemput pulang, mungkin esok atau lusa.." Suara nenek tersekat-sekat. Airmata nenek menitis jatuh ke pipiku. Aku angkat kepala menatap wajah nenek. Pilu hatiku melihat wajah nenek berbasahkan airmata. Sayu. Cepat-cepat aku sapu airmata nenek.

"Nenek jangan menangis, Fa sayang nenek.." Aku cuba memujuk nenek. Namun desah gelora jiwaku ternyata lebih hebat. Aku turut menangis lalu memeluk nenek erat. Dalam pelukan nenek aku menangis semahunya.

"Fa jangan nangis, tidak kira samada nenek hidup atau tidak, kalau Fa betul-betul sayangkan nenek, sedekahkan doa untuk nenek, sedekah fatihah untuk nenek.. InsyaAllah.. kasih sayang antara kita tidak akan terputus sampai bila-bila," Ujar nenek sambil mengelap pipiku dengan tangannya yang penuh rasa kasih. Nenek mengukir senyum, senyuman yang paling manis. Walaupun sukar, aku memaksa diri membalas senyuman terindah nenek.

Bas bagaikan berjalan terlalu perlahan. Setiap sela waktu bagaikan menghiris, menikam jantungku. Menyeksakan. Kenangan bersama nenek satu persatu berlegar-legar di kotak ingatanku. Wajah nenek di segenap penjuru ruang. Aku ingin segera pulang ke pangkuan nenek, aku ingin cepat sampai ke rumah kesayangan nenek. Ya Allah, tabahkanlah hatiku.. Tempatkanlah nenekku dalam golongan yang Engkau kasihi.

Amin ya rabbal alamin..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails